Saturday, February 5, 2011

Jadilah penternak ikan kelisa


Ikan kelisa atau lebih dikenali dengan nama Arowana merupakan spesis ikan yang dikenali kerana kecantikannya. Warnanya yang menarik, kilauan keemasan, menarik minat sesiapa jua yang melihatnya. Tahukah anda bahawa menternak ikan kelisa ini boleh membawa keuntungan yang besar. Saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama anda.


Arowana Ranch Sdn Bhd yang beroperasi di Bukit Merah telah memberi ruang kepada penternak yang berminat untuk menceburkan diri di bidang ini. Hati anda mesti berkata manalah nak dapatkan modal yang besar untuk menternak ikan yang terkenal dengan harganya yang beribu ringgit.

Kami di ladang Arowana Ranch membuka peluang untuk anda menternak ikan ini dengan memperkenalkan konsep B.A.J.I ( Beli Anak Jual Induk ). Anda boleh membeli akan ikan di ladang ini, kemudian kami ternak, jaga sehingga menjadi induk. Anda boleh menjual ikan tersebut apabila telah menjadi induk kepada kami atau pasaran luar.  


Di ladang kami hanya menyediakan anak ikan kelisa jenis Malaysian Golden dan Super Red sahaja. Anak Malaysian Golden  usia 3-4 minggu dijual dengan harga RM2,600 seekor manakala anak Super Red dengan harga RM1,500 seekor. 

Malaysian Golden akan menjadi induk apabila berusia 30 bulan. Induk tersebut boleh dijual dengan harga RM10,000-RM14,000. Sementara Super Red pula induk boleh dijual dengan harga RM10,000 seekor selepas 42 bulan.


Ingin keterangan lanjut hubungi atau sms: Shahrudin 0193666544 atau 0122672809

No comments:

Post a Comment